Selasih

Ocimum americanum L.

Famili: Labiatae

Selasih ini tumbuh liar, ditanam di semua kawasan tropika di benua Afrika dan Asia. Ditanam secara biji dan bercambah antara 1-2 minggu selepas disemai. Berbunga dalam masa 8-12 minggu disemai dan akan mati selepas buahnya masak. Juga membiak secara keratan batang. Pucuk yang selalu dipetik lebih lambat menghasilkan bunga. Pucuk selasih yang muda selalu dipetik untuk dijual.

Biji direndan dan kembang dicampurkan dalam minuman terutamanya dengan sirap. Daun muda dimakan mentah sbg ulam, dibuat sup atau dikukus bersama ikan. Bunga muda dimakan bersama daunnya.

Khasiat ubatan dimana keseluruhan pokok direbus dan air mandian untuk merawat sakit sendi jns rheumatisme, sakit buah pinggang dan batu karang. Dimakan atau direbus air minuman untuk rawatan kanser. Daun dan ranting yang direbus untuk merawat batuk. Daun yang ditumbuk lumat ditampal pada kepala dan dada merawat bengkak sistem pernafasan, kerongkong dan banyak kahak. Dijual sebagai produk kering dan bunga segar. Minyak pati yang terhasil melalui pengestrakan daun dan bunga digunakan dalam industri  farmaseutikal, minyak wangi, aromaterapi dan makanan yang manfaatkan bau dan perisa yang asli.

 Nota: pkk herba ni tiada dlm koleksi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: