Pandan

 Pandanus odorus

Pandan wangi yang juga dikenali  sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.  Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah  sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang.  Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm. 

Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia. (mardi.my/herba)

Kini pandan banyak digunakan dalam penyediaan makanan ternakan seperti ternakan ayam organik bersama campuran herba-herba lain yang berkhasiat antaranya halia, kunyit, habbatus sauda dan limau purut.

 

Pembiakan

Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok. Sediakan lubang berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan  tanah bersama 100 g baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di keliling anak pokok. Sekiranya menanam di dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan

pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubangdan padatkan tanah keliling pokok.

PENJAGAAN

Siram anak pokok pagi dan petang. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Elakkan penggunaan

racun rumput.

Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 g sepokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 g sepokok bagi tanaman di atas

tanah.

Tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan.

Daun boleh dipetik selepas 12 bulan di tanam.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: