Senduduk Putih

July 17, 2008


Pegaga

July 9, 2008

Centella asiatica

Umbelliferae

Sejenis tumbuhan menjalar dan tumbuh di tanah yang lembap. Mempunyai banyak cabang dan nod-nod yang menerbitkan anak pokok baru.


Pokok Kunyit

July 6, 2008

Pokok kunyit dikenali juga dengan nama sainsnya Curcuma domestica dan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Daunnya yang panjang, lebar dan berbau harum banyak digunakan dalam masakan-masakan tempatan seperti rendang dan masak lemak cili padi. Sementara isi kunyit digunakan sama ada secara mentah atau diproses dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan sebagai ramuan pelbagai masakan.

         


Pokok Misai Kucing

July 5, 2008

Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Famili: Lamiaceace

Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

 

Khasiat dan kegunaan

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. 

Produk misai kucing di pasaran adalah dalam bentuk teh herba dan jus kordial

link

http://www.bio-asli.desaku.net/Herba/misaikucing.asp

http://ujangpower.com/index.php?page=product.php (produk misai kucing)

http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com/2007/09/jutawan-felda.html (Artikel)

 


Pokok Mambu

July 4, 2008

Azadirachta indicaMeliaceae.

Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.

Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan.

KEGUNAAN DAN KHASIAT

1) Khasiat makanan

Daun muda dan bunga- dimakan sbg sayur untuk membersihkan tubuh. Daun dicampur dlm masakan sbg lauk. Buah yang masak boleh dimakan

Daun mambu-makanan ternakan ayam organik

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana  HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Dipetik dari web: http://hpa.com.my/hpanews/index.php?

2) Kegunaan lain – a) Terapi  ternakan kambing

Terutama bagi kambing yang stress selepas pertukaran kandang atau tempat. Untuk mengurangkan atau mengelakkan stress, daun ini lebih baik diletakkan sekali dalam lori yang membawa kambing. Namun begitu, ubat anti-stres juga jangan diabaikan.

Daunnya boleh dijadikan ubat selsema bagi kambing. Adalah seelok-eloknya pokok ini di tanam berhampiran kandang atau dalam kawasan kandang supaya menjadi ubat untuk kambing yang sakit. Terutama yang berkaitan dengan pernafasan dan paru-paru.

Bahagian-bahagian pokok ini telah lama digunakan oleh kaum india dalam perubatan dan upacara sembahyang mereka. Dan. Penternak kambing kaum india juga sering menanam pokok ini dalam kawasan kandang mereka. Dengan ini, ia memudahkan bagi mereka untuk merawat kambing yang sakit. Selain, menghindarkan serangga merbahaya berada dalam kawasan kandang. Saudara mungkin pernah melihat pokok ini di sekitar kuil india atau di tepi jalan sahaja. Selamat mencuba…

Sumber: http://kambing-boer.blogspot.com/feeds/posts/default?start-index=26

b) Daun, buah dan minyak sbg insektisid organik utk domestik dan pertanian. Bijirin atau bahan makanan lain yang disimpan dicampur dgn daun mambu supaya tidak mudah rosak. Daun sbg baja hijau kerana byk fosfat dan kalium.


Sabung Nyawa

July 2, 2008

Gynura procumbens (lour.) Merr

Sabung nyawa (atau akar sebiak) merupakan tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat. Biasanya ia dimakan sebagai ulam.

Terdapat dua warna daun bagi pokok sabung nyawa nie. Warna hijau dan ungu. Tumbuhan ini senang membiak melalui keratan batang.


Mulberi

July 2, 2008

Mulberi merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaanya.Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingg 6 meter.Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi.Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik (seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga). Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik.

Mulberi boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang. Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.

Daun mulberi, terutamanya mulberi putih, yang juga dikenali sebagai daun kertau merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera.

Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut

http://www.melur.com

 


Mahkota Dewa

July 2, 2008

Mahkota dewa merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m. Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.

Daun : Daun berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.

Bunga : Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Buah : Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.

Cangkang : Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, ianya perlu di rebus terlebih dahulu.

Biji : Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.

Kandungan Kimia :

1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan)

2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid

3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.

Sifat & Khasiat :

1. Kulit Buah dan Daging Buah :  mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis dan jerawat

2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.

3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi

* Komponen lignan baru  yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6  & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.

Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa

1.     Kanser & Tumor

2.     Eksim (Penyakit Kulit)

3.     Diabetis Melitus (Kencing Manis)

4.     Hipertansi (Darah Tinggi)

5.     Hepatitis (Radang Hati)

6.     Reumatik (Sakit Sendi)

7.     Asam Urat (Arthritis Gout)

8.     Penyakit Jantung

9.     Gangguan Ginjal

Catatan

Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum memakannya

Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.

Sumber : http://www.bio-asli.com/herb/daun.asp

 

link mahkota dewa

http://mahkotadewa.net/

www.ningharmanto.com

http://mahkotadewajb.blogspot.com

 

 


Pandan

July 2, 2008

 Pandanus odorus

Pandan wangi yang juga dikenali  sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.  Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah  sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang.  Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm. 

Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia. (mardi.my/herba)

Kini pandan banyak digunakan dalam penyediaan makanan ternakan seperti ternakan ayam organik bersama campuran herba-herba lain yang berkhasiat antaranya halia, kunyit, habbatus sauda dan limau purut.

 

Pembiakan

Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok. Sediakan lubang berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan  tanah bersama 100 g baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di keliling anak pokok. Sekiranya menanam di dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan

pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubangdan padatkan tanah keliling pokok.

PENJAGAAN

Siram anak pokok pagi dan petang. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Elakkan penggunaan

racun rumput.

Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 g sepokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 g sepokok bagi tanaman di atas

tanah.

Tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan.

Daun boleh dipetik selepas 12 bulan di tanam.

 

 

 


Daun Kari

July 2, 2008